Tak sangka nun jauh di hujung jalan kampung di Yan ada lokasi ni. Nasib baik 2nd bos aku terer pasal Darul Aman. Aku x pernah tau tempat ni wujud. Balik jer dari trip aku dgn riak dan megah bercerita kat mr. hub yg aku dah pernah pegi tempat yg dia pun tak tau wujud. Kehkeh
Okay. Tak payah susah2 nak bagi gambaran. Biar gambar2 ni yang bercerita.
Berlatarbelakangkan Gunung Jerai
Ya tuan2 di kiri dan kanan anda adalah Selat Melaka... yg kecik cinonet tu bos aku ckp namanya Pulau Telur... harap maklum
Penghujung jambatan di sebelah pulau
Pantai.. boleh mandi kalau nak..
Gunung Jerai dari pulau
Pantai? Teluk? Entah!
Kami sampai agak lewat sebab ntah mana2 kami meronda masuk kluar kampung nak cari jalan sampaikan abis berselut kete opis. Cayalah bos!!. Bos memang terer.
Matahari dah separuh terpacak atas kepala baru sampai di permulaan jambatan. Nak berjalan rentas jambatan menghala ke pulau lagi. Rasanya 2 km juga panjang jambatan tu. Sepanjang berjalan tak dapat nak ambik feel sgt sebab masing2 dah terlari2 speed paling laju. Panas wehhh. Sian big bos aku yang putih tu.
Tp tgh panas2 tu pun masih ada orang memancing di sepanjang jambatan. Memancing haruan katanya. Ntah. Aku tak nampak apa2 hasil pun yg naik. Bangkai umpan bersepah atas jambatan ada ler. Mungkin diaorang sorok takut aku mintak beli kot. Tp aku belajar satu nama binatang baru dlm trip ni. Mentarang. Lalalalala. My mom selalu kritik aku sbb tak tau byk terms bahasa Darul Aman. And guess what… this round my mom pun tak tau apa itu binatang mentarang. Lalalalala. This is how it feels everytime you know something which I don’t. Trip kali ni aku 2x ganda bleh riak. Ihiks…
Pulau Bunting kecil jer. Takder penghuni mata kasar pun. Ada tempat mandi2 katanya di sebalik pulau di sebelah sinun tapi kami dah surrender nak teruskan. Matahari dah tegak atas kepala. Nak ke tempat tu pun kena panjat bukit lagi. Malas. Nak jalan balik merentas jambatan tadi semula pun rasa ya ampun. Kepala asik pikir option nak berpatah balik cara yg paling mudah. Kot2 ler bos kasi tahan mana2 bot nelayan bleh jgk tumpang ke darat. Last2 bos aku sendiri bg option klau nak guna khidmat motor tambang. Baru nak cakap setuju 2nd bos aku pulak warning nak londehkan suar saper yg tanak berjalan balik. Huh! Kijamsss. Mencikk. Bertambah ler percent kehitaman kulit aku nih. Aku cuma bleh melambai2 sedih cam nak antar org gi umrah bila big bos aku duduk kat atas motor dan berdesup terus ilang.
Sian adik-adik praktikal ni....
Kiri kanan kiri kanan... semangat bos mmg xder yg leh lawan time nak pergi
Time balik... ahahaha... tinggallah kami kena menapak
Kaki pancing pun dah ghaib sebab panas
Sori... xder nak seiring sejalan kalau dah panas cenggini... lambat kitaorang tinggal
Bila lagi nak rasa berjalan di tengah2 laut. Kiri dan kanan boleh nampak bot2 ikan even bot pukat rimau yg tak sepatutnya ada kat situ pun sibuk berkerja. Heheh degil sungguh bot itu. Boleh nampak gunung jerai dan sedara2 pulau Bunting yg lain. Telur dan Bidan. Menarik jgk. Sekian info pelancongan untuk negeri Darul Aman....
Macih yer bos. Menarik aktiviti riadah unit kita kali ini. Riadah terakhir unit sebelum kami masing-masing berpindah ke unit baru. Tata bos.