Pages

Sunday, June 16, 2013

Strictly for amateur

Environment baru, team baru n my new refreshing Sunday's activities. Asyik tertangguh jer but this time around my colleagues n I trus start kete and no turning back.  Here comes the amateur bowlers. Mulanya ada yg malu nak campak bola tu but the end of the day there were few of us yg malu2 tadi dah turn out to be the one who r so eagerly awaits for our next visit.

And the results were .... cayalah!!




Saturday, May 04, 2013

Mari Melukis X Dengan Cantik Di Dalam Kotak Itu

Esok adalah harinya. Walaupun cuma 1 undi ia akan tetap akan memberi perbezaan. Pada yang menang, 1 undi itulah menunjukkan anda disokong. Pada yang tewas, 1 undi itu jugalah membuktikan anda tetap menentang. Tahniah atas gula, garam, madu, asam dan cili yang anda berikan sepanjang tempoh kempen yang panas ini. Terima kasih juga untuk pelbagai irama lagu di media elektronik yang kadangkala pelik untuk dicerna oleh sistem pemikiran saya yang amat sederhana ini. Setiap kejadian macam sudah diwajibkan untuk ada lagunya.
Walau selantang dan sekuat mana semangat anda memujuk atau mengapi2kan keadaan, pengakhirannya tetap bergantung kepada tahap kerasionalan saya sebagai pengundi. Pen dan kertas di tangan saya.... Selamat menunaikan hak kita dalam satu sistem yang dipanggil demokrasi...

Tuesday, March 26, 2013

Menu : Puncak Mutiara

Inilah tempatnya

dan inilah menunya.....

Beriani rusa 

Beriani kambing 

Sorang pun x sudi pandang kamera bila makanan dah sampai 

View dari dangau

Chicken maryland

Selection of menu kira okay lah... Nothing to brag about... Xder ler order rusa tetiber datang sekali dgn tanduk2nya dalam pinggan tu.. Cuma mungkin location dan cara susunan tempat boleh dibanggakan. Nyaman jer suasana makan di dangau2 yg disediakan di tengah2 suasana kampung, kolam dan pokok2. Pilih jer nak makan dangau atas bumbung, tepi kolam, berhawa dingin, dangau family, dangau romantik... semua diaorang boleh cater rasanya. Alaaaa xder bukti bergambar ler pulak.

Sunday, March 17, 2013

Pulau Bunting, Yan


Tak sangka nun jauh di hujung jalan kampung di Yan ada lokasi ni. Nasib baik 2nd bos aku terer pasal Darul Aman. Aku x pernah tau tempat ni wujud. Balik jer dari trip aku dgn riak dan megah bercerita kat mr. hub yg aku dah pernah pegi tempat yg dia pun tak tau wujud. Kehkeh

Okay.  Tak payah susah2 nak bagi gambaran. Biar gambar2 ni yang bercerita.

Berlatarbelakangkan Gunung Jerai 

Ya tuan2 di kiri dan kanan anda adalah Selat Melaka... yg kecik cinonet tu bos aku ckp namanya Pulau Telur... harap maklum

Penghujung jambatan di sebelah pulau 

Pantai.. boleh mandi kalau nak.. 

Gunung Jerai dari pulau

 Pantai? Teluk? Entah!

Kami sampai agak lewat sebab ntah mana2 kami meronda masuk kluar kampung nak cari jalan sampaikan abis berselut kete opis. Cayalah bos!!. Bos memang terer.

Matahari dah separuh terpacak atas kepala baru sampai di permulaan jambatan. Nak berjalan rentas jambatan menghala ke pulau lagi. Rasanya 2 km juga panjang jambatan tu. Sepanjang berjalan tak dapat nak ambik feel sgt sebab masing2 dah terlari2 speed paling laju. Panas wehhh. Sian big bos aku yang putih tu.
Tp tgh panas2 tu pun masih ada orang memancing di sepanjang jambatan. Memancing haruan katanya. Ntah. Aku tak nampak apa2 hasil pun yg naik. Bangkai umpan bersepah atas jambatan ada ler. Mungkin diaorang sorok takut aku mintak beli kot. Tp aku belajar satu nama binatang  baru dlm trip ni. Mentarang.  Lalalalala. My mom selalu kritik aku sbb tak tau byk terms bahasa Darul Aman. And guess what… this round my mom pun tak tau apa itu binatang mentarang. Lalalalala. This is how it feels everytime you know something which I don’t. Trip kali ni aku 2x ganda bleh riak. Ihiks…


Pulau Bunting kecil jer. Takder penghuni mata kasar pun. Ada tempat mandi2 katanya di sebalik pulau di sebelah sinun tapi kami dah surrender nak teruskan. Matahari dah tegak atas kepala. Nak ke tempat tu pun kena panjat bukit lagi. Malas. Nak jalan balik merentas jambatan tadi semula pun rasa ya ampun. Kepala asik pikir option nak berpatah balik cara yg paling mudah. Kot2 ler bos kasi tahan mana2 bot nelayan bleh jgk tumpang ke darat. Last2 bos aku sendiri bg option klau nak guna khidmat motor tambang. Baru nak cakap setuju 2nd bos aku pulak warning nak londehkan suar saper yg tanak berjalan balik. Huh! Kijamsss. Mencikk. Bertambah ler percent kehitaman kulit aku nih. Aku cuma bleh melambai2 sedih cam nak antar org gi umrah bila big bos aku duduk kat atas motor dan berdesup terus ilang.



 Sian adik-adik praktikal ni....

Kiri kanan kiri kanan... semangat bos mmg xder yg leh lawan time nak pergi 

Time balik... ahahaha... tinggallah kami kena menapak 

 Kaki pancing pun dah ghaib sebab panas

Sori... xder nak seiring sejalan kalau dah panas cenggini... lambat kitaorang tinggal

Bila lagi nak rasa berjalan di tengah2 laut.  Kiri dan kanan boleh nampak bot2 ikan even bot pukat rimau yg tak sepatutnya ada kat situ pun sibuk berkerja. Heheh degil sungguh bot itu.  Boleh nampak gunung jerai dan sedara2 pulau Bunting yg lain. Telur dan Bidan. Menarik jgk. Sekian info pelancongan untuk negeri Darul Aman....

Macih yer bos. Menarik aktiviti riadah unit kita kali ini. Riadah terakhir unit sebelum kami masing-masing berpindah ke unit baru. Tata bos.

Tuesday, March 12, 2013

Rasa macam....tapi...


# rasa macam nak beli barang on-line TAPI tak tahu nak beli apa… tak berani sebenarnya.. pagi ni pun ada berita pasal on-line shopper kena tipu

# rasa macam nak pergi bercuti TAPI mr. hub asik kasi excuses dia x free…. Keje keje keje

# rasa macam nak beli henfon baru yg ada berpuluh icons kat homescreen tu… lately sgt beria membelek gejet itu TAPI rasa mcm x worth it disebabkan most of my time sempat jawab call & sms jerrr

# rasa macam nak tido jer kat ofis sbb letih tunggu pengarah negeri yg tak boleh nak bagi decision muktamad semenjak sebulan lepas TAPI bos pulak asik lalu lalang depan pintu bilik ni…. Haishhhh cari nahas tul

# rasa macam vangang sgt bila terlalu penat dan stress mcm ni TAPI nasib baik ada benda2 kat atas untuk dibuat utk divert kan ke vangangan 

* entry stress di ofis

Thursday, March 07, 2013

Amukan perempuan jelita...

Dear diary,

Setelah 1 setengah tahun bersabar dengan kerenah jejan yg xder t%$#r kat unit aku ni... hari ni aku serang dia semula secara terbuka. Aku muntahkan semua lava dan abu gunung berapi yg trpendam. Amik ngko!! Puas hati aku. Biar sampai ko bunuh diri pun aku x peduli. Itupun selepas dia buat onar lagi dan mensentapkan pagi aku yg nyaman di ofis ni...... selama ni asik aku jer bersabar n mengalah dengan sikap merengus dia.

Monday, February 04, 2013

Alahai Kawan....


Suatu hari.....

Cik Jenab     :   hai eton… jenab ni… lama x dgr citer ko… aku nak g tempat ko. Jom jumpa boleh 
                        borak2
Cik Eton       :   wah jenab… aku pun lama x dgr citer ko… nak jumper? Bolehhh… bila? Kat mana
Cik Jenab      :  ok set… kita jumpa kat bla bla bla jam bla bla bla… can’t wait…  rindu nak cit cat ngan ko…
Cik Eton        :  ok… till then

Ati Cik Eton dah berbunger2 riang.  Almaklumlah nak jumpa kawan lama. almost 10 years kot x jumpa. Keep in touch pun thru fb jer. Klau online apa sgt ler nak bertego sapa. Setakat gitu2 jer. X mesra alam. Bila jumoa mesti lg  byk citer nk di update among each other.  Cik Eton sangat eksaited.

Bila sampai harinya Cik eton pun menyanyi2 hepi pegi ke tempat yg dijanjikan… sangat on time sebab kalau lambat kang x sempat nk citer panjang2…
Sesampainyer di tempat yg dijanjikan lagi Cik Eton makin gumbira sbb  Cik Jenab lagi awal menunggu. Huishhh semangat kawan aku ni

Seperti biasa…Salam peluk cium muah muah. Mukadimah satu dua ayat2 standard orang2 yg dah lama tak jumpa.  Tapi, baru jer nak warm up Cik eton dah kena tepuk dahi………….. sebabnya…………….
Cik Jenab dah mula kluarkan folder dari dalam beg… aiyoooo…. Selepas tu dah xder dah sebarang perbualan bersifat sosial… semuanya berunsurkan ekonomi dan strategic planning …. harharhar

Kesimpulannya, intention Cik Jenab nak jumpa bukannya atas tiket nak eratkan hubungan teman lama tapi sebab nak promote unit trust, investment bla bla bla

Cik Eton ada sedikit rasa frust di situ. Bukan sebab Cik Eton berkira, kedek atau apa2 skalipun. Tapi Cik Eton rasa macam tertipu. Cik Eton rasakan bahawa Cik Jenab sebenarnya bukan berminat sangat untuk eratkan mana2 yang renggang tapi sekadar dia sekadar berbasi2 untuk mendapat sedikit ruang dan peluang mencapai kejayaan peribadinya. Nope..Memang tak salah berusaha cuma dalam situasi ni Cik Eton ada sedikit rasa terkilan. Mungkin selepas ini Cik Eton akan mula ragu2 untuk menerima sebarang ajakan dari teman lama. Kesimpulan lagi sekali…..Sayalah Cik Eton itu. Sekian terima kasih.