Monday, December 31, 2012
Kenangan=memori=pahit=manis=simpan jer semuanyer
Entry sempena nak tutup 2012...
Hooomaaiiigodddd....Kemas drawer lama terjumpa pic ni. Dah lebih 28 tahun gambar ni rupanya. Mana la diaorang ni semua. Dah bercucu mungkin. Kelakar n sayu rasa bila teringat mcmana emak akan kayuh basikal untuk hantar ai ke sekolah tiap2 pagi. Sebelum tu emak akan pastikan rambut ai disikat kemas dan muka mesti dipakaikan bedak sampai putih. Baru nampak ceria dan semangat nak belajar kata emak. Disebabkan daftar lewat ai dapat kelas paling akhir. Tahun satu adalah tahun yang paling membosankan. Di tadika lagi ai dan kawan2 sudah boleh baca buku dgn lancar tapi bila masuk tahun satu kena undur semula belajar a untuk ayah b untuk bola and so on…. Lepas tu dapat main castenet, kerincing, piano yang ditiup2 tu (apa namanyer ekk), nyanyi2 lagu ais kacang, mari berkelah, doremi…. ihiksss
Darjah satu hingga enam mmg donia ini ana yang punyaaa… seronok jadi budak2 80an… kayuh basikal 5 kali sehari ulang alik dari umah ke sekolah pun xder hal. Xder pun kes nak kena culik atau kena tangkap dgn bangla. Aman rasa dunia masa tu. Kes paling brutal pun masa tu kena marah ngan apek kedai sebab hari2 beli cekedis.
Di sekolah masa tu, ada sorang cikgu tiap2 hari bila masuk kelas mesti greet kitaorang dengan “ Selamat pagi yaa ahli2 kubur”.Tetap kitaorang tetap jawab semula dengan rasa hormat pada cikgu tersebut. Xder saper pun waima ketua darjah nak ajak kitaorang buat petisyen membantah cikgu tu. Kitaorang akan disuruh duduk berselang seli antara lelaki dan perempuan setiap kali tiba subjek cikgu tersebut. X pernah dengar suara yang membantah malah terkocoh-kocoh lari bersedia untuk duduk berselang seli sebelum subjek cikgu tu bermula. Takut undang kemarahan beliau sebab bila dia marah libasan buku teks matematik tahun 4 wajid akan hinggap di tengah belakang (tebal giler buku teks tu). Berkerut mula tahan sakit. Namun tak pernah ada yang mengadu. Di dalam kelas, kitaorang akan dibahagikan ikut kumpulan. Kumpulan anak2 murid kegemarannya akan dinamakan sempena nama “Noorkumalasari” & “Shidee” sempena nama penyanyi kegemaran cikgu tersebut.
Pernah sekali di tahun 5 seorang rakan lelaki kelas ai disuruh berdiri di atas tebing koridor tingkat 3 bangunan sekolah kami. Bayangkan kalau dikenang kembali amat bahaya berdiri di tebing tingkat 3 namun rakan ai masih patuh untuk memanjat tebing koridor tersebut. Disuruh berbuat demikian adalah dengan alasan supaya rakan ai menjerit dengan kuat bersetuju dengan kenyataan cikgu tersebut bahawa rakan ai memang cintakan rakan perempuan yang ditempatkan di sebelahnya. Selagi tidak mengaku tidak dibenarkan turun. Pernah juga yang lelaki disuruh mengejar yang perempuan di dalam kelas. Alasannya tetap sama. Bila dikenang, apa sekalipun yang cikgu tu buat terhadap kitaorang sepanjang tahun 4 dan 5 kitaorang tetap hadir ke sekolah macam biasa dan rasanya tidak pernah ada sebarang tindakan pada cikgu berkenaan kerana tak pernah ada yang mengadu. Sungguh berbeza dengan zaman sekolah teknologi yang sangat terbuka pemikirannya sekarang.
Alhamdulillah… hasilnya selepas 6 tahun cikgu2 sekolah tersebut dapat berbangga kerana kitaorang paling ramai hasilkan 5A dalam sejarah UPSR sekolah tersebut. Sampai hari ni cikgu masih dapat ingat nama ai dan kawan2 ai. Dan alhamdulillah juga sebab kami beramai2 berjaya ke sekolah berasrama penuh di seluruh semenanjung pada tahun berikutnya. Kenangan mengusik jiwa betul ler.....
Daaaaa 2012!! Welcome 2013!!
Wedding
Thank you Allah for all the blessings.
Finally… yeyy! Selesai wedding recept untuk my cousin sista.. sangat simple tapi sangat lah meriah. Buat kat kampung dgn masakan kampung (sambal belacan, ulam petik blakang umah weehuu). Consider sbg penutup acara utk tahun 2012. Ai involved beria sbb ai dah attach dgn my cousin ni semenjak dia lahir, ai kejutkan dia pegi sekolah dan rasanya it is our family last member yg nak main kawin2.
Lepas ni tinggal sorang jer lagi yg belum kawen n still x laku2 *ihiks!* ~ my feveret ‘little’ boy. Kalau dia kawen nanti pun cuma akan jadi majlis sambut menantu jer so xder ler beria mcm preparation kenduri bila kita di pihak perempuan. He’s 27 but for a man at his age no hurry at all nak cari calon… rileks2 n jalan2 tgk tempat orang dulu katanya. Up to you young man.. I’ll just wait for the wedding bell rings n we’ll see siapa yg lagi gojes dari kakda mu ini utk bertakhta dalam hati di tepi jantungmu itu. Till that moment... youre still my sweet little boy ahaks!.
Bukan senang nak tengok semua makcik tokcik nekcik dikcik wancik berkumpul satu tempat utk sembang2 peluks2… terharu sungguh ai tengok. Maknanya one of the purpose kenduri kendara ni diwujudkan utk eratkan tali2 saudara yg ada mcm telah berjaya dilaksanakan… yeyy lagi sekali. Awal2 ai dah warning my mom not to begin any of her introduction by asking me “kenal tak ni saper?” x koser ai nak ulang2 buat muka blur setiap kali soklan tu ditanya... kenalkan jer terus kat ai sbb ai mmg susah nak kenal sedara. Paling jauh kenal pun my cousins. My mom selalu cakap ai macam katak pisang di bawah coconut shell… ihiks. my hubs pulak stranded dekat highway utara-selatan. Hujan+eksiden+slow moving. Sampai habis majlis x sampai2 jugak. Penat nak menjawab kat sedara mara.
So at the end of the day…. lenguh urat pipi asik sengih kat semua org but it was really fun!
do not wish to steal bride's limelight
Relatives… yg jauh yg dekat yg tua yg muda semua ada… x sempat nak snap semua sebab ada yg lari2, ada yang melatah bila nampak lense (heran betul), ada yg sipu2 meow ngalahkan pengantin, buat gaya mcm nk tengok konsert rock pun ada… alahai. Sekadar tempekan from my personal camera yg ai snap sendiri kasi nampak meriah sket…
Monday, December 10, 2012
Hectic December
Dear Diary,
December adalah bulan sibuk. Banyak benda perlu dikejar dalam tempoh 31 hari bagi menampal apa2 kelompongan dan kecacatan bagi sepanjang 334 hari yg telah ditempuh. Budaya yang sihatkah semua ini??? Entah lah…..
Sudah mula dgr seruan beg, kasut, gadgets, perfume baru... oh tidak!... December maknanya Christmas sale & YES!.. Bila yer dpt buat aktiviti yg sgt best ini...
December adalah bulan sibuk. Banyak benda perlu dikejar dalam tempoh 31 hari bagi menampal apa2 kelompongan dan kecacatan bagi sepanjang 334 hari yg telah ditempuh. Budaya yang sihatkah semua ini??? Entah lah…..
Sudah mula dgr seruan beg, kasut, gadgets, perfume baru... oh tidak!... December maknanya Christmas sale & YES!.. Bila yer dpt buat aktiviti yg sgt best ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)