Pages

Monday, December 31, 2012

Kenangan=memori=pahit=manis=simpan jer semuanyer


Entry sempena nak tutup 2012...


Hooomaaiiigodddd....Kemas drawer lama terjumpa pic ni. Dah lebih 28 tahun gambar ni rupanya. Mana la diaorang ni semua. Dah bercucu mungkin. Kelakar n sayu rasa bila teringat mcmana emak akan kayuh basikal untuk hantar ai ke sekolah tiap2 pagi. Sebelum tu emak akan pastikan rambut ai disikat kemas dan muka mesti dipakaikan bedak sampai putih. Baru nampak ceria dan semangat nak belajar kata emak. Disebabkan daftar lewat ai dapat kelas paling akhir. Tahun satu adalah tahun yang paling membosankan. Di tadika lagi ai dan kawan2 sudah boleh baca buku dgn lancar tapi bila masuk tahun satu kena undur semula belajar a untuk ayah b untuk bola and so on…. Lepas tu dapat main castenet, kerincing, piano yang ditiup2 tu (apa namanyer ekk), nyanyi2 lagu ais kacang, mari berkelah, doremi…. ihiksss


Darjah satu hingga enam mmg donia ini ana yang punyaaa… seronok jadi budak2 80an… kayuh basikal 5 kali sehari ulang alik dari umah ke sekolah pun xder hal. Xder pun kes nak kena culik atau kena tangkap dgn bangla. Aman rasa dunia masa tu. Kes paling brutal pun masa tu kena marah ngan apek kedai sebab hari2 beli cekedis.

Di sekolah masa tu, ada sorang cikgu tiap2 hari bila masuk kelas mesti greet kitaorang dengan “ Selamat pagi yaa ahli2 kubur”.Tetap kitaorang tetap jawab semula dengan rasa hormat pada cikgu tersebut. Xder saper pun waima ketua darjah nak ajak kitaorang buat petisyen membantah cikgu tu. Kitaorang akan disuruh duduk berselang seli antara lelaki dan perempuan setiap kali tiba subjek cikgu tersebut. X pernah dengar suara yang membantah malah terkocoh-kocoh lari bersedia untuk duduk berselang seli sebelum subjek cikgu tu bermula. Takut undang kemarahan beliau sebab bila dia marah libasan buku teks matematik tahun 4 wajid akan hinggap di tengah belakang (tebal giler buku teks tu). Berkerut mula tahan sakit. Namun tak pernah ada yang mengadu. Di dalam kelas, kitaorang  akan dibahagikan ikut kumpulan. Kumpulan anak2 murid kegemarannya akan dinamakan sempena nama “Noorkumalasari” & “Shidee” sempena nama penyanyi kegemaran cikgu tersebut.

Pernah sekali di tahun 5 seorang rakan lelaki kelas ai disuruh berdiri di atas tebing koridor tingkat 3 bangunan sekolah kami. Bayangkan kalau dikenang kembali amat bahaya berdiri di tebing  tingkat 3 namun rakan ai masih patuh untuk memanjat tebing koridor tersebut. Disuruh berbuat demikian adalah dengan alasan supaya rakan ai menjerit dengan kuat bersetuju dengan kenyataan cikgu tersebut bahawa  rakan ai memang cintakan rakan perempuan yang ditempatkan di sebelahnya. Selagi tidak mengaku tidak dibenarkan turun. Pernah juga yang lelaki disuruh mengejar yang perempuan di dalam kelas. Alasannya tetap sama. Bila dikenang, apa sekalipun yang cikgu tu buat terhadap kitaorang sepanjang tahun 4 dan 5 kitaorang tetap hadir ke sekolah macam biasa dan rasanya tidak pernah ada sebarang tindakan pada cikgu berkenaan kerana tak pernah ada yang mengadu. Sungguh berbeza dengan zaman sekolah teknologi yang sangat terbuka pemikirannya sekarang.

Alhamdulillah… hasilnya selepas 6 tahun cikgu2 sekolah tersebut dapat berbangga kerana kitaorang paling ramai hasilkan 5A dalam sejarah UPSR sekolah tersebut. Sampai hari ni cikgu masih dapat ingat nama ai dan kawan2 ai. Dan alhamdulillah juga sebab kami beramai2 berjaya ke sekolah berasrama penuh di seluruh semenanjung pada tahun berikutnya. Kenangan mengusik jiwa betul ler.....

Daaaaa 2012!! Welcome 2013!!

No comments:

Post a Comment