Pages

Monday, February 04, 2013

Alahai Kawan....


Suatu hari.....

Cik Jenab     :   hai eton… jenab ni… lama x dgr citer ko… aku nak g tempat ko. Jom jumpa boleh 
                        borak2
Cik Eton       :   wah jenab… aku pun lama x dgr citer ko… nak jumper? Bolehhh… bila? Kat mana
Cik Jenab      :  ok set… kita jumpa kat bla bla bla jam bla bla bla… can’t wait…  rindu nak cit cat ngan ko…
Cik Eton        :  ok… till then

Ati Cik Eton dah berbunger2 riang.  Almaklumlah nak jumpa kawan lama. almost 10 years kot x jumpa. Keep in touch pun thru fb jer. Klau online apa sgt ler nak bertego sapa. Setakat gitu2 jer. X mesra alam. Bila jumoa mesti lg  byk citer nk di update among each other.  Cik Eton sangat eksaited.

Bila sampai harinya Cik eton pun menyanyi2 hepi pegi ke tempat yg dijanjikan… sangat on time sebab kalau lambat kang x sempat nk citer panjang2…
Sesampainyer di tempat yg dijanjikan lagi Cik Eton makin gumbira sbb  Cik Jenab lagi awal menunggu. Huishhh semangat kawan aku ni

Seperti biasa…Salam peluk cium muah muah. Mukadimah satu dua ayat2 standard orang2 yg dah lama tak jumpa.  Tapi, baru jer nak warm up Cik eton dah kena tepuk dahi………….. sebabnya…………….
Cik Jenab dah mula kluarkan folder dari dalam beg… aiyoooo…. Selepas tu dah xder dah sebarang perbualan bersifat sosial… semuanya berunsurkan ekonomi dan strategic planning …. harharhar

Kesimpulannya, intention Cik Jenab nak jumpa bukannya atas tiket nak eratkan hubungan teman lama tapi sebab nak promote unit trust, investment bla bla bla

Cik Eton ada sedikit rasa frust di situ. Bukan sebab Cik Eton berkira, kedek atau apa2 skalipun. Tapi Cik Eton rasa macam tertipu. Cik Eton rasakan bahawa Cik Jenab sebenarnya bukan berminat sangat untuk eratkan mana2 yang renggang tapi sekadar dia sekadar berbasi2 untuk mendapat sedikit ruang dan peluang mencapai kejayaan peribadinya. Nope..Memang tak salah berusaha cuma dalam situasi ni Cik Eton ada sedikit rasa terkilan. Mungkin selepas ini Cik Eton akan mula ragu2 untuk menerima sebarang ajakan dari teman lama. Kesimpulan lagi sekali…..Sayalah Cik Eton itu. Sekian terima kasih.

Sunday, January 27, 2013

How we spend our leisure time...

Bowling yok!!!!

wifeys moral support

happy faces..

tadaaa.... glow in the dark

our frequent get together activity to assure our neighborhood spirit remain in our small yet friendly community.. i won't miss it for the world
nak baling dalam terang pun kdg2 mcm org mabuk tapai... inikan dlm gelap... yup i'm aware sometimes we do look stupid but at least we're having fun weehuuuu. we love doing what we do

Tuesday, January 22, 2013

Words of the spirit

Someone once told me......

" Never get jealous when you see your ex with someone else because our parents taught us to give our used toys to the less fortunate"

U go girl!! I just love it! Haha

Friday, January 18, 2013

Happy Birthday my love

Your 37th year filled with love and happiness...


You're the sweetest and most caring hubby a girl could ever wish for. I hope every birthday spent with me is the best one of your life. Happy birthday honey!

Thursday, January 17, 2013

Long live my fren

Happy burstday dear friend... u are always on my mind even though we are miles separated. U are a part of so many of my happiest memories. We laugh at the dumbest jokes and randomest things. We put up with each other worst moods. U are those rare people who ask how I am then wait to hear the answer. That what makes U the most amazing friend. I want the whole world to know how special you always be to me.

Happy birthday shiema! May god awards U all that your heart desires.....hugsss

Thursday, January 10, 2013

Hello 2013!!

Hello there... head up.. stay strong.. fake a smile... move on!
Yup...a new set of days to sail through..
All I need is faith, trust and a little bit of pixie dust. I will  keep on creating ways to embrace my life.

Monday, December 31, 2012

Kenangan=memori=pahit=manis=simpan jer semuanyer


Entry sempena nak tutup 2012...


Hooomaaiiigodddd....Kemas drawer lama terjumpa pic ni. Dah lebih 28 tahun gambar ni rupanya. Mana la diaorang ni semua. Dah bercucu mungkin. Kelakar n sayu rasa bila teringat mcmana emak akan kayuh basikal untuk hantar ai ke sekolah tiap2 pagi. Sebelum tu emak akan pastikan rambut ai disikat kemas dan muka mesti dipakaikan bedak sampai putih. Baru nampak ceria dan semangat nak belajar kata emak. Disebabkan daftar lewat ai dapat kelas paling akhir. Tahun satu adalah tahun yang paling membosankan. Di tadika lagi ai dan kawan2 sudah boleh baca buku dgn lancar tapi bila masuk tahun satu kena undur semula belajar a untuk ayah b untuk bola and so on…. Lepas tu dapat main castenet, kerincing, piano yang ditiup2 tu (apa namanyer ekk), nyanyi2 lagu ais kacang, mari berkelah, doremi…. ihiksss


Darjah satu hingga enam mmg donia ini ana yang punyaaa… seronok jadi budak2 80an… kayuh basikal 5 kali sehari ulang alik dari umah ke sekolah pun xder hal. Xder pun kes nak kena culik atau kena tangkap dgn bangla. Aman rasa dunia masa tu. Kes paling brutal pun masa tu kena marah ngan apek kedai sebab hari2 beli cekedis.

Di sekolah masa tu, ada sorang cikgu tiap2 hari bila masuk kelas mesti greet kitaorang dengan “ Selamat pagi yaa ahli2 kubur”.Tetap kitaorang tetap jawab semula dengan rasa hormat pada cikgu tersebut. Xder saper pun waima ketua darjah nak ajak kitaorang buat petisyen membantah cikgu tu. Kitaorang akan disuruh duduk berselang seli antara lelaki dan perempuan setiap kali tiba subjek cikgu tersebut. X pernah dengar suara yang membantah malah terkocoh-kocoh lari bersedia untuk duduk berselang seli sebelum subjek cikgu tu bermula. Takut undang kemarahan beliau sebab bila dia marah libasan buku teks matematik tahun 4 wajid akan hinggap di tengah belakang (tebal giler buku teks tu). Berkerut mula tahan sakit. Namun tak pernah ada yang mengadu. Di dalam kelas, kitaorang  akan dibahagikan ikut kumpulan. Kumpulan anak2 murid kegemarannya akan dinamakan sempena nama “Noorkumalasari” & “Shidee” sempena nama penyanyi kegemaran cikgu tersebut.

Pernah sekali di tahun 5 seorang rakan lelaki kelas ai disuruh berdiri di atas tebing koridor tingkat 3 bangunan sekolah kami. Bayangkan kalau dikenang kembali amat bahaya berdiri di tebing  tingkat 3 namun rakan ai masih patuh untuk memanjat tebing koridor tersebut. Disuruh berbuat demikian adalah dengan alasan supaya rakan ai menjerit dengan kuat bersetuju dengan kenyataan cikgu tersebut bahawa  rakan ai memang cintakan rakan perempuan yang ditempatkan di sebelahnya. Selagi tidak mengaku tidak dibenarkan turun. Pernah juga yang lelaki disuruh mengejar yang perempuan di dalam kelas. Alasannya tetap sama. Bila dikenang, apa sekalipun yang cikgu tu buat terhadap kitaorang sepanjang tahun 4 dan 5 kitaorang tetap hadir ke sekolah macam biasa dan rasanya tidak pernah ada sebarang tindakan pada cikgu berkenaan kerana tak pernah ada yang mengadu. Sungguh berbeza dengan zaman sekolah teknologi yang sangat terbuka pemikirannya sekarang.

Alhamdulillah… hasilnya selepas 6 tahun cikgu2 sekolah tersebut dapat berbangga kerana kitaorang paling ramai hasilkan 5A dalam sejarah UPSR sekolah tersebut. Sampai hari ni cikgu masih dapat ingat nama ai dan kawan2 ai. Dan alhamdulillah juga sebab kami beramai2 berjaya ke sekolah berasrama penuh di seluruh semenanjung pada tahun berikutnya. Kenangan mengusik jiwa betul ler.....

Daaaaa 2012!! Welcome 2013!!